9.18.2014

- SEMESTER 4 - dip.film

Assalamualaikum.w.b.t 
dah semester 4 dah :) .. lama sangat2 x bukak blog ni, kite ni bkn blogger tegar..cehh... hehehe
tiba2 malam ni.opss pagi ni rasa nak updates..hehe..just nak bagi tahu banyak benda baru  :) 
"Kawan" baru , pengalaman baru . masalah baru , perasaan baru ..ehehhe ..

semester ni semester yang last aku  handle orientasi .. 
ni junior film semester ni, time berbuka puasa with film department.


Semester ni jugak ada  join 1 dance competition , tak menang pun tapi "bahagia" sebab dapat habiskan latihan :) ..dan dapat perform dengan baik :)


ahli kami ada 8 orang  IZWAN (RESERVE) HAMDAN , HARITH, SHUKRI(AKU) NADIA FARAH, AMAN. aku menggunakan nama crew yang pernah aku guna suatu ketikaa dahulu iaitu HIGHLIKE CREW.

Apa lagi nak cerita yer ?? hehe.. semester ni ak ad sepasang haiwan peliharaan bersama si dia "Kawan istimewa' ceyhh..hehe..nama dia March & April 

comel tak  ? haha . .kadang2 dia bawak balik KL kadang2 ade je dlm bilik ak . . erm... setakat ni je lh dulu yer..
bye2 ..assalamualaikum...

6.06.2014

Tamat Sudah Semester 3 !!

assalam..
lama tak updates blog :) hehe..last pn hr tu pasal saya dah masuk sem baru right?? kali ni nka share apa ah? 
erm..oke lah , sy bgtaw yg saya dah habis semester 3 Alhamdulillah.. dimana semester 3 ni, dalam kos filem  dan animasi kami perlu duduk dalam sebuah produksi, Allahuakbar .. sy plak yg jadi direktor haha.. baik buruk dekat direktor kan :) ..xpe lh .. sy dah pun cuba yang terbaik .. ni gambar produksi sy iaitu 

Ev's pictures 
EVS PICTURES

Ni pula pensyarah dan rakan sekelas 

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. 


 Facebook kami . 

kami membuat cerita bergenre komedi yang bertajuk "Alahai,Misses Donut." mengisahkan usahawan wanita 
yang mempunyai kegigihan dalam menjual donut dan sentiasa bersabar dalam apa pun rintangan yang mendatang. Nak tahu lebih lanjut? buka lah FB kami :). 

12.29.2013

welcome new student to KKTM REMBAU - Jan - Jun 2014

Assalamualaikum . kali ke-2 jadi Pembantu Siswa di kolej selain menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.
pertama kali jaga diorg ni memang keadaan tegang je, yelah time tu tak kenal lagi kan :) . tapi selepas seminggu kenal . korang awesome :)






















7.01.2013

bro...wa dah masuk sem 2 la ...haha kejap je kan

assalamualaikum , selamat pagi .... jam menunjukkan pukul 7.14 am.
hari ni hari pertama aku dalam semester 2 . actualy aku dah masuk kolej seminggu awal lepas , sebab jadi PEMBANTU SISWA untuk semesterv 1 . kira macam fasi la .
semester 2 ni , aku akan banyak PHOTOGRAFI
, harap berjalan lancar insyallah. pointer sem lepas pun ak just dpt 3 pointer upper . tak dekan pun .. :) ... alhamdulillah sbb lulus semua..



dan




semester 2 ni juga aku bakal menghabiskan beberapa K untuk beli PC baru ... huhuhuhu....tapi bawah 3K je ... hehehe... dan specification PC yang aku nak tu boleh pakai sehingga sem teratas aku iaitu sem 6 dan seterusnya .
wish me luck yer...aku akan berusaha sehingga ke akhir nafas aku .
tu sahaja , nak siap pergi kelas lah .. bye ..assalamualalikum

4.05.2013

Drawing-drawing & drawing

Hye , nak kongsi sikit pasal drawing , ehehe...tak hebat mana pun tp sikit" tu geti la, 
baru-baru ni kena buat lukisan buah ni , guna soft pastel   . ia perlu di lukis berdasarkan buah yang kita ambil dan ada perubahan setiap buah tu .


Ni pulak latihan-latihan & assignment :


4.03.2013

IF I DIE YOUNG !


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

[Chorus]
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya

Kau cari teman penggantingganti